menu

Wednesday, November 6, 2013

Apa itu Maal Hijrah

Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dan limpah kurnia-NYA tahun ini aku masih sempat menyambut tahun baru, Maal Hijrah 1435H. Selepas balik kelas, aku rehat kejap kt bilik dan tiba2 dengar orang membaca doa, Masyallah hampir terlupa aku bahawa Maal Hijrah tiba. Aku bersama-sama membaca doa akhir tahun. 
Setelah siap mandi, ak pergi ke surau Kolej Mawar solat Maghrib berjemaah. Setelah solat doa awal tahun dibaca dan seterusnya solat hajat dan disusuli dengan bacaan Yassin dan zikir. 



Hijrah adalah perpindahan atau migrasi dari Nabi Muhammad dan pengikutnya dari Mekkah ke Madinah pada tahun 611. So diringkaskan Maal Hijrah bermaksud mari bersama berpindah atau berhijrah. Dengan maksud yang lebih cantik ialah mari bersama menghayati hijrah. Dari segi pemahaman secara menyeluruh hijrah ini adalah berpindah dari suatu keadaan yang buruk kepada keadaan yang lebih baik. 

Hijrah adalah suatu benda yang penting untuk semua umat Islam untuk di fahami dengan berkesan dan teliti. Ia mungkin akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada diri seseorang. Malangnya umat Islam pada akhir zaman sekarang mudah lupa dan tidak menitik beratkan aspek ini. Manusia sekarang lebih mementingkan aspek duniawi dari ukhrawi.

Dengan ini, saya mengambil peluang untuk cuba merubah diri dan perilaku saya sedikit demi sedikit ke arah kebaikan dan kemuliaan. Tidak semua manusia boleh terus berubah dari baik keburuk, ia mengambil masa untuk berubah kearah kebaikan.

Pada bulan Ramadhan yang lepas, keluarga saya mendapat musibah dari-NYA. Ayah saya sakit akibat terkena buatan orang dan sakit yang tidak dijangkan. Asalnya keluarga saya tidak memberitahu hal yang sebenar kepada saya kerana risau akan menjejaskan prestatsi pelajaran saya. Setelah saya balik cuti Hari Raya baru saya lihat ayah saya dalam keuzuran. Saat itu sayu dan sebak hati melihat ayahanda tercinta dalam kesakitan. Sebagai anak, saya rasa amat bersalah kerana tidak menjaga ayah saya ketika dia sakit. Pelbagai cara kami berubat dari hospital ke perubatan kampung dan juga pak ustaz. Dengan izin Allah SWT dan doa dari kami ayah saya sihat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi disebabkan musibah itu, ayah saya dan kami sekeluarga sering mendekatkan diri kepada-NYA. Bak kata pepatah Allah menguji umatnya ada hikmahnya, dan saya rasa ini satu penghijrahan yang besar untuk kami sekeluarga. Dan saya mulai sedar bahawa kadang2 saya perlu balik ke rumah untuk menjenguk orang tua saya, sebelum ni hanya cuti sem sahaja saya balik. 


No comments:

Post a Comment