menu

Sunday, January 13, 2013

#HKL112

12.01.13, Sabtu bertempat di Stadium Merdeka satu perhimpunan diadakan untuk menuntut :
  • 8 tuntutan bersih
  • Hentikan rampasan tanah rakyat
  • Martabatkan bahasa ibunda
  • Hentikan politik kotor
  • Menuntut pendidikan percuma (PTPTN)
  • Selamatkan kampung tradisi dan warisan
  • Selamatkan felda
  • Hentikan meracuni alam sekitar (Lynas)
  • Tuntutan royalti minyak
 Point yang last tu menarik buat aku.. Holah ambo nih asal ore Kelantan.. Minyak ambik dari hasil bumi kami tapi duit x dapat, how come? Ini sume jadi sebb negeri kami diperintah oleh pihak pembangkan. Kerajaan pusat x dapat pun duit hasil bumi sendiri. Negeri kami je pun diperintah oleh Pas ape hal. Bagi jela duit tu. Banyak negeri lagi diperintah oleh UMNO, ape kesah?
Asalnya memang ak nk pegi pun perhimpunan ni tapi Jumaat hari tu abah dah warning ak jgn pegi.. Ok lah x jadi pegi, tapi x tau ape kes ak bgun pagi ni lepas mandi siap2 terus g ktm.. Seperti biasa aku pegi sorang2 je.. KTM Padang Jawa - KL Sentral, x ramai lagi orang masa nie. ak ambik train ke Pasar Seni.


Maybe satu family yang berpakaian baju hijau untuk Lynas.. Ni di KL Sentral


 Pak cik- pak cik and the geng


Dalam train aku terkejut tngk dari atas baq ang ramainya orang kat bawah. Ya Allah ramainya umatmuu.. Alhamdulillah, di perhimpunan ni aku dapat tengok wanita2 yang menutup aurat, berjubah, berpurdah, lelaki pula berkopiah.. Tetapi manusia yang macam ni lah yang dapat caci maki dari rakyat Malaysia yang lain kononnya bodoh pegi perhimpunan haram nie, menyusahkan orang lain dan sebagainya.. Konsert ambang tahun baru kat Dataran Merdeka x de orang mcm nie weh.. Huhu..


Lelaki2 berkopiah membanjiri Kuala Lumpur


 Menuju ke Stadium Merdeka


Aku macam biasa lah jalan sorang2 jew, tiba2 ak nampak ada 2 org pempuan ni jalan maybe nk g perhimpunan tu. Aku tegur diaorang, mereka dari UM, aku jalan la ngn diaorg lepas tu mak ai dia bwk geng, rupanya ramai geng diaorg sumenye dari UM.. Masa kt area Petaling Street tu orang dah ramai.. Bersesak aku nk menghala ke Stadium Merdeka, rupanya dah penuh. X leh nak masuk dah. Makcik, pakcik, adik2, remaja, India, Cina, pelancong semua ada.. Kami duk luar jew, seperti biasa air, jajan, baju, bendera perkara paling meriah untuk dijual.. Then ada je pakcik India nie jual ice-cream relax jew dier. Ada je orang beli, rezeki mesti banyak masyukk kan uncle. Boleh la masuk TV3 ckp perhimpunan ni menguntungkan saya hari ni.. heheh..


Air mineral paling laris jualannya


 Suasana di Pasar Seni


 Mak cik pun join. Kental


Aku ada jalan dengan pelancong nie, orang putih. Nasib baik dia faham English budu aku nie. Hahaha.. Dia ckp mcm x percaya Malaysia boleh buat perhimpunan aman mcm nie, dengan kawalan ketat pihak polis, rakyat tdk mengganas dan memberontak. Malaysia so wonderful, katanya.. Hahahah.. Tapi dia mcm pelik kenapa perhimpunan ni ramai mak cik ngn pak cik jew, yelah sebab mereka lebih memahami daripda remaja yang leka dengan suapan duit situ, duit sini.. Dan pelancong ni kagum jugak sebab Melayu, Cina dan India boleh duk sekumpulan yang sama. Dah kata nak 1 Malaysia sangat kan. Heheheh


Tu diaaa bendera parti pembangkan di Ibukota


Adeh pakcik ni bawak anak la pulak

Aku pun x stuju sangat dengan penyokong yang membawa anak2 kecil nie. Sebab dalam peraturan perhimpunan ni da tulis :
  • Tdk boleh bawa remaja berumur 21 tahun kebawah
  • Tdk boleh bawa kanan2 berumur 12 tahun kebawah
  • Pelekat dan kain rentang yang berbau hasutan
  • Berhimpun lebih 30 000 ribu orang
Kalau maknye, ayahnye nk pegi go on lah, x payah bawak anak2 nie. Dalam news RTM tadi katanya perhimpunan ni dah melanggar peraturan diatas. X dapat di nafikan lah.. Yang x leh bla point last, sah2 lebih 30 000 ribu orang yang berhimpun! Allahhuakhbark!

Lautan manusia

Sepanjang perjalanan aku, masing2 x kenal antara satu sama lain tapi masing2 melemparkan senyuman. Ada yang bertanya aku datang sorang jeke, mana kawan2.. Aku ckp ye, saya bawa diri sorang2, x bawak sape2 sebab saya x menghasut kawan2 utk datang, biar dia fikir sendiri mana baik, mana buruk.. Alhamdulillah, di lautan manusia aku sempat bertakbir "Allahhuakhbar" beramai-ramai.. Mak ai, meremang bulu roma kot ! Dan ada pakcik ni sampai menangis, sebak weh tengok pakcik2 ni yang datang perhimpunan ni.. Semangat juang diaorang.. 

That's me di lautan manusia Himpunan Kebangkitan Rakyat


Aku datang untuk Royalti 

Dari Masjid Jamek aku jalan kaki ke KTM Kuala Lumpur.. Fuhhh!! Jauh siot, yang sebelum ni aku lalu ngn kereta jew.. Tapi x rasa pun penat dah balik baru rasa. Hahaha.. Kat Dataran Merdeka dipenuhi oleh polis2.. Ala ak tengok polis tu siap tido je dalam taman yang kat Dataran tu. X keje eh cik, x de rasuhan eh sebb tu boleh tdo eh. Heheh.. Tapi polis2 tadi baik2 jew semua, siap boleh borak2 lagi, ada yang nasihat kat aku lain kali jgn dtg sorang bahaya. So dimanakah yang mengatakan pihak polis nie jahat2 dan ganas2..


Siap boleh pose lagi. Hahah


 Dataran Merdeka dikawal ketat oleh pihak polis



Tak kurang jugak ada mat2 Indon yang mencemarkan perhimpunan ini. Ini berlaku kat area Pasar Seni. Mat Indon ni duk melalak, duk nyanyi lah ape lah, diaorang pakai baju perhimpunan ni tapi buat perangai mcm setan. Yang mcm ni lah yg mencemarkan imej perhimpunan nie. Ada yang pakai topeng hantu lah pakai seluat pendek joget2 lah. Mcm haram

Kawasan ni ramai orang Indon, jangan terpedaya diaorang yang mcm bangang !

Dari KLCC ke Stadium Merdeka untuk Royalti iaitu tujuan utama aku datang perhimpunan ini.. Tapi untuk Royalti ini ramai budak2 UIA pulak.. Haishh asal student jew ni oii.. Hahahah.. Aku berharap dapat jumpa Jeming Hassan yang konvo berbasikal dari Kelantan ke KLCC untuk Royalti ni, tapi x jumpa pun yelah ramai kot orang nyee...





Tu diaaa sultan kamii .. 

Masa nak balik, ak sempat solat Asar di Masjid Negara, Ya Allahh.. ramainya umat-MU sujud kepada-MU.. Yang lelaki x payah cakap lah kt tangga pun solat. Sampai ke luar kot. Meremang bulu roma ak tngok, rasa macam nak kiamat pun ada, yelah x penah kot ak tengok umat Islam sebegini rupa, paling ramai ak tengok orang solat pun masa Solat Hari Raya tu baru penuh masjid kampung aku.. Huhuhu..


Laki ni lagi rare! Sorang2 pakai bendera Pas !


 Sambil memegang kain "Tanah Tumpah Darahku"


KTM Kuala Lumpur

Selama aku hiudp 22 tahu, ini lah kali pertama aku menghadiri perhimpunan haram katanya.. Ada yang mencaci maki kepada kami, kami terima itu semua, masing2 ada hak nk menilai mana baik, mana buruk.. Yang menyedikan aku, masa ak nak balik kt KTM Kuala Lumpur lah, ada laki ni dalam 30an maybe, dia tanye polis yang jaga situ, cik ada apa ni kenapa ramai pakai baju hijau, kuning, merah????? Tergamam akuu??? Aku yang muda ni tahu kot !! Polis tu cakap owh, ada perhimpunan pihak pembangkan.. Macam ni ke wei rakyat Malaysia?? Kesian doee kau x tau ape2.. Tulah dah sedap kerajaan duk suap duit je, sampai x tau ape2 dunia luar.. huhuhu... Alhamdulillah aku dah selamat balik di Shah Alam tanpa sebarang kesulitan.. Dan tiada keganasan dan kecelakaan, kalau dalam news cakap tu sume bohong ! Aku dari pagi sampai petang kot duk sana x de ape2 kekecohan pun. Perhimpunan ni aman dan damai.. Siapa yang pegi je tahu bagaimana keadaan di sana.. Pengalaman baru beb !! Jangan jadi seperti katak bawah tempurung !

Tapi setelah perhimpunan ni diadakan apakah reaksi pihak kerajaan?? Adakah tuntutan kami diambil peduli atau diendahkan lagi???? 


 

Peace yaww #HKL112 








No comments:

Post a Comment