menu

Friday, January 18, 2013

Fenomena Listen, Listen, Listen !!

LISTEN, LISTEN, LISTEN 
LET ME SPEAK, LET ME SPEAK  
ANIMAL HAVE A PROBLEM
 

Nampak gayanya ramai yang mengambil isu Listen ni sebagai isu yang berat disebabkan hak bersuara disekat, apa guna kalau buat forum tapi hak untuk berhujah disekat?

Agaknya dulu memang tak pernah masuk debat, dari sekolah menengah lagi setiap kali berdebat pasti ada pihak Kerajaan dan Pembangkang, tapi kenapa sekarang bila hujah si pembangkang, akan ditapis oleh so call pro kerajaan? 


 Sharifah Zohra vs Miss Bawani
Video ni korang boleh google lah ye.. Dah famous sekarang


Siapa dia Sharifah Zohra Jabeen nie?
Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M dan KIMMA. Dia seorang yang ada degree dan merupakan seorang lecturer.. Oh wait? Lecturer? Setahu aku lecturer yang ada degree hanya boleh mengajar di Kolej bukan di Universiti, kalau pun di Universiti, mungkin Uni swasta tak pun jadi Tutor sahaja. Masa aku kat Unikop, Kolej bersekutu UiTM pun mostly lecture aku baru degree..
 
Forum bertajuk “Seiringkah mahasiswa dan Politik? ‘(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis 2012.




Cara percakapan yang agak biadap dengan menjatuhkan maruah seseorang di depan khalayak ramai adalah sangat memalukan, jika minta untuk dihormati bukanlah dengan begitu caranya, respect is something that you earn, not by asking, anda malukan seorang pelajar, jutaan rakyat malukan anda.

Lain yang ditanya, ditujukan fakta, tapi bila menjawab, lebih hebat dari seorang doktor veterinarian, siap ceritakan lagi masalah kucing, anjing, ikan, jaws (binatang apa nie? kah kah kah). Rasanya lebih sesuai kalau si Sharifah ini mengantikan tempat Steve Irwin dan mengacarakan Animal Planets.
 




Akhir kata, kalau nak berforum, beranilah terima cabaran dan soalan, jangan sebab si Sharifah seorang akan mencerminkan kesemua orang-orang (you know who) yang diwakilinya.

 

No comments:

Post a Comment