menu

Thursday, September 22, 2011

Sebenarnya antara kita sudah lama mati perasaan itu. Antara kita sudah tiada lagi perasaan yang dinamakan cinta atau kalau dikatakan ada rindu. Itu hanyalah kata palsu yang sekadar untuk memujuk hati. 
Sebenarnya putaran waktu menjadikan hati kita terasing. Dalam mencari kejujuran kita sering tersilap langkah. Lalu bunga-bunga cinta yang kita agungkan satu ketika dulu sebenarnya telah layu. Apabila kau mula bersikap tidak jujur.  
Sebenarnya wahai bekas kekasihku kita akan lebih bahagia andai mula jujur pada diri sendiri. Selepas itu barulah kita mula menyelami kejujuran orang lain dan jika ada cinta setelah itu rasanya ianya lebih bernilai serta banyak manisnya. Buat bekas kekasihku satu perkara yang perlu kita sedari hari itu kita memberikan kelukaan pada orang lain. Tetapi ingatlah esok lusa kelukaan akan menjadi milik kita pula. Tidak yang terpinggir kerana itulah percaturan hidup ini setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Sebenarnya mengenalimu dulu dan kini membuatkan aku bersyukur kerana sebelum segalanya menjadi keterlanjuran yang panjang. Aku tetap menutup hati untuk membuang perasaan cinta lalu maafkan aku kerana tidak mampu lagi menerimamu meskipun penyesalan telah kau hulurkan sejak kelmarin..


No comments:

Post a Comment