menu

Friday, January 21, 2011

Bilangan pesakit mental meningkat

INFO PENYAKIT MENTAL :

Bermaksud gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan kelakuan.


KATEGORI PENYAKIT MENTAL :

1. Neurosis
- mengalami perubahan dan gangguan tanpa menjejaskan kewarasan.
- kemurungan, perasaan sedih melampau dan berpanjangan melebihi tempoh dua minggu.

2. Psikosis
- perubahan ketara sehingga menjejaskan kewarasan, mengalami halusinasi (sering berasa keliru dengan mendengar suara-suara ghaib) dan bercakap atau ketawa seorang diri.

3. Kecelaruan personaliti
- kecelaruan yang membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan dan karakter.



FAKTOR PENYUMBANG :

1. Genetik dimana terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami penyakit mental.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai 'neurotransmitter' tidak berfungsi dengan baik.

3. Jangkitan virus.

4. Sejarah kehidupan yang getir, contohnya kehilangan ibu bapa semasa kecil lagi.

5. Sosio-ekonomi yang rendah.


Sumber : Kosmo 19 Januari 2011 

3 comments: