menu

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU..!! aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai seorang ibu. berbanding dengan kawan-kawan aku yang lain yang sudah kehilangan ibu masing-masing. x pew jangan bersedih ye aku doakan mereka di tempatkan dikalangan orang yang iman dan solehah. :) amin..


Masa usia setahun, umi suapkan makanan dan memandikan aku. Cara aku ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, umi mengajar aku bermain. Aku ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, umi menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Aku ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan


Masuk usia 4-5 tahun, umi belikan pensil warna dan pakaian. aku ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, umi memimpin tangan aku ke sekolah. Aku ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, umi belikan sebiji bola, aku ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran dan membaling batu ke rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, umi menghantar aku ke sekolah lagi, aku ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, umi menghabiskan masa sehari suntuk dengan aku, aku ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan-kawan. Sehingga tengahari terpaksa makan bersama tapi aku masih lagi bermain dengan kawan-kawanku,

Menjelang usia 13 tahun, umi suruh pakai pakaian menutup aurat, aku ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Semasa aku berada di PLKN umi datang melawatku dua minggu sekali. sedangkan kawan-kawan aku yang lain tidak berjumpa dengan ibu mereka selama 3 bulan. Ketika menjangkau 18 tahun, umi menangis apabila tahu aku di terima masuk ke kolej, aku ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, umi bertanya apakah aku ada teman istimewa, aku katakan ada. sedangkan umi tidak tahu betapa banyaknya dosa aku pabila bersama si dia.

DIKURNIAKAN 2 CAHAYA MATA AUNI AMIRAH DAN AUNI ADILAH

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

umi, adik mintak maaf segala dosa yang pernah adik lakukan kepada umi. menipu umi, melukakan hati umi, dan segalanya. adik tahu adik buknalah anak yang baik untuk umi. tapi maafkan adik. adik sayang sangat kat umi.!


BONDA TERCINTA PUAN RODIAH BT HAMID

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa 
Berjiwa merdeka  
Sedang dia semakin tua 
Membilang usia
Di saat kau berjaya 
Dia tiada berdaya 
Semoga kau tak lupa 
Jasa bonda

SELAMAT HARI IBU.!! ADIK SAYANG UMI.! <3



No comments:

Post a Comment