ok hari ini sudah 6x aku derma darah..semuanya ok jew..first time derma darah mase aku kt PLKN..selepas pada 2 semangat aku nk donate membuak-buak jew..!! ingat g mase first time nk derma aku kene cucuk 9x ngn jarum yang besar 2 sebab x jumpe urat aku..huhu...sampai nurse 2 tanye nk teruskn jugk ke derma darah nie..hahah...asa cam puas jew bila derma darah nie..!! ada setengah orang x nk donate sebb takut GEMOK..!!! betul ke.?? erm...ak asa x pun sebb lau makan ubat yang dia bagi 2 baru gemuk..!! aku golongan darah B..anda??? heheh
ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
- Anda sihat pada hari tersebut.
- Anda berumur 18-60 tahun.
- Berat badan melebihi 45kg.
- Tidur melebihi 5 jam.
- Tiada masalah perubatan.
- Tidak mengambil sebarang ubat ( seperti antibiotik )
- Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah.
- Pendermaan terakhir melebihi 3 bulan.
- Anda tidak terlibat dalam kegiatan seperti :
- Hubungan sejenis ( homosexual )
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (bisexual )
- Hubungan jenis dengan pelbagai pasangan atau pekerja seks komersil.
- Penyalahgunaan dadah secara suntikan.
- Menjadi pasangan kepada golongan diatas.
450ml darah diambil
BANTULAH GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DARAH !!!
No comments:
Post a Comment